Resepi Donut Bomboloni PALING SEDAP!



Pasti terliur! 😍


Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung roti/tepung berprotein tinggi
  • 11 gram yis mauripan (1 paket)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur gred B 
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Sedikit garam
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air biasa


Cara-cara:
  1. Bahan-bahan perlu dicampur sekali termasuk yis
  2. Uli bahan yang telah dicampur menggunakan mixer selama 10 minit kemudian perapkan sebentar selama 30 minit.
  3. Seterusnya doh dibentuk secara bulat-bulat dan perapkan sehingga doh membesar dua kali ganda kemudian goreng donut tersebut menggunakan kuantiti minyak yang banyak.
  4. Selepas donut bertukar warna keemasan, angkat dan biarkan sebentar. Kemudian snow sugar diletakkan di atas bombolini agar kelihatan lebih gebu.
  5. Gunting bahagian tengah atas donut dan paipkan coklat nutella atau dengan perisa yang lain.
SELAMAT MENCUBA ❤️

Comments